12 November 2018

"SAYA HANYA BERLAKON, ANGKAT ISU.... BUKAN SUKA-SUKA" - TOMOK


Menerusi kemaskini terbaru di laman Instagram, penyanyi Tomok mengatakan beliau mengakui kesilapan yang dilakukan namun menyeru para peminat untuk mengambil mesej yang baik sahaja dari video muzik tersebut.





Tomok akur atas kesilapan yang dilakukan ekoran banyak pendapat dari para agamawan yang menyifatkan perbuataan Tomok menggayakan pakaian perempuan dalam video muzik terbarunya 'Bekas Kekasih'.

Pencetus Ummah (PU) Amin dan beberapa orang lagi agamawan mengeluarkan kenyataan mereka mengatakan yang haram tetap haram walaupun Tomok berniat untuk menyampaikan mesej yang baik menerusi lagu Bekas Kekasih.

Klik untuk gambar besar


"Saya hanya berlakon sahaja untuk muzik video tersebut, saya mengangkat isu yang bagi saya agak berat kat malaysia sekarang. Bukan suka suka saya berpakaian macam tu, ada mesej yang saya nak sampaikan.

"Seperti yang saya kata sebelum ini yang tak baik jangan ambik, ambik yang baik saja. Kesilapan dari saya saya akui, salah tetap salah," tulisnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Tomok


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: