05 November 2018

HAMIL ANAK KE-4 - AYU RAUDHAH TAK TERKESAN KOMEN NEGATIF


Menerima komen-komen negatif netizen yang mempersoalkan keadaan rahimnya selepas anak sebelum ini belum setahun selepas disahkan hamil kembali, pelakon Ayu Raudhah berkata yang dia tidak membaca mahupun terkesan.





Ayu yang kini hamil enam bulan anak keempatnya itu berkata, biarpun pelbagai pendapat netizen berkaitan kehamilannya, namun dia sudah mendapat nasihat daripada doktor pakar yang lebih arif tentang hal itu.

"Saya percaya semua orang ada pendapat masing-masing dan tidak semua orang suka kita. Tapi yang penting kita tahu apa yang kita buat.

"Tidak perlu dengan kata negatif, saya sudah berjumpa doktor profesional yang lebih tahu dan memberi nasihat dalam hal ini," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, pelakon 'Cinta Bukan Kristal' ini berkata, apa yang lebih penting ialah sokongan daripada keluarga dan orang sekeliling.

"Netizen suka pandang dari sudut yang lain, tidak apalah maafkan sahaja mereka. Bagi saya yang penting dapat sokongan daripada keluarga dan orang sekeliling kita," katanya.

Sementara itu, Ayu yang dijangka melahirkan cahaya mata pada Februari depan mengakui tidak terlalu berharap tentang jantina anak keempatnya itu.



"Kali ini tak kisah sebab sudah ada lelaki dan perempuan. Kalau perempuan saya tidak perlu buat persiapan banyak kerana pakai sahaja kakak dia punya.

"Tapi kalau lelaki saya terpaksa beli dan buat persiapan lain kerana abang-abang dia sudah besar," tuturnya yang berkahwin dengan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 30, pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser,5, Muhammad Aisy Aryann, 4, dan Laura Zulaykha, 1 tahun.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ayu Raudhah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: