04 November 2018

"TAK PERNAH SUNYI, MERIAH DENGAN ANAK-ANAK" - AZHARINA


"Bukan kerana saya garang, ada yang berkenalan namun senyap tidak lama selepas itu. Mungkin mereka merasakan saya terlalu sibuk. Kini, anak-anak jadi keutamaan saya.





"Insya-Allah, saya pasti akan beritahu apabila sudah mempunyai kekasih," kata penyanyi Azharina Azhar yang masih belum bertemu jodoh sesuai selepas bercerai dengan bekas suami 10 tahun lalu.

Malah, penyanyi yang popular dengan lagu 'Elergi Sepi' itu bergurau mungkin suaranya menyebabkan lelaki enggan mendekatinya.

Menurut penyanyi kelahiran Sabah ini, kesibukan karier dan tanggungjawab sebagai ibu membuatkan dia tiada masa untuk mempunyai teman lelaki.

Klik untuk gambar besar


Ketika ditanya sekiranya kehidupannya sunyi tanpa peneman hidup, Azharina, 33, memberitahu kehadiran anak-anak sentiasa membuatkan dia sibuk.

"Dulu, bila balik rumah saya akan menangis kerana sunyi. Kini, hidup saya tidak pernah sunyi dan meriah dengan anak-anak yang sentiasa riuh di rumah. Mereka rakan gaduh dan kebahagiaan saya. Syukur pada usia sekarang, saya ada dua anak.

Azharina mempunyai dua anak angkat, Rahmat Azharin Azhar Abdullah serta Redha Azharin Azhar yang masing-masing berusia empat dan setahun.

Manakala anak angkat keduanya, Rizqie Azharin yang berusia sebulan meninggal dunia pada Mac tahun lalu. Selain itu, dia turut mempunyai empat anak angkat lain yang tinggal bersama keluarga mereka.



Dalam pada itu, Azharina turut menyatakan hasrat ingin mengambil anak angkat baharu pada masa depan.

Mengenai perkembangan karier seninya, Azharina tampil mempertaruhkan 'Lakar Janji' sebagai single terbaru. Lagu ciptaan komposer Dr Irma yang juga doktor gigi itu mengambil tempoh hampir dua tahun untuk disiapkan.

Menurut Azharina, ini kali pertama dia bekerjasama dengan komposer wanita sepanjang 18 tahun karier seninya.

Juara Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) ini juga meletakkan harapan tinggi agar Lakar Janji dapat memasuki Anugerah Juara Lagu (AJL), tahun depan.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Instagram Azharina


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: