04 November 2018

SOAL KAHWIN - HAFREEZ ADAM FIKIR TAHUN DEPAN


Soal mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya, Zara Zya, pelakon Hafreez Adam, 28, memberitahu yang dia meletakkan sasaran tahun hadapan sebagai masa yang sesuai untuk memikirkannya.





Hafreez atau nama lengkapnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan berkata, dia tidak mahu tergesa-gesa memikirkan perkara tersebut memandangkan jadual kerjanya dan Zara sangat padat sehingga awal Januari depan.

"Kami telah bertemu dengan keluarga masing-masing dan sejujurnya, ibu bapa kami juga tidak mendesak supaya kami cepat bernikah. Cuma, perkahwinan adalah satu perkara yang sangat besar dan kami cuba untuk mengaturnya dengan baik.

Klik untuk gambar besar


"Insya-Allah, pada tahun depan, saya dan Zara akan mula berfikir untuk ke fasa seterusnya," ujarnya ketika diminta untuk mengulas mengenai gambar cincin pemberiannya yang dimuatnaik oleh pelakon wanita berusia 33 tahun itu di laman Instagram kelmarin sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.

Dalam pada itu, Hafreez berkata, cincin berkenaan bukanlah cincin lamaran. Sebaliknya, ia diberi sebagai hadiah untuk Zara yang menyambut hari lahir ke-33 pada 22 Oktober lalu.

"Saya sengaja memilih cincin sebagai hadiah hari jadi kerana dia memang mencari cincin untuk dipakai sebagai perhiasan," katanya lagi.
















www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo, Instagram Hafreez Adam & Zara Zya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: