04 November 2018

"TAHUN KE-6 SANGAT ISTIMEWA.... SAYANG AWAK FARID" - DIANA DANIELLE


"Ulang tahun perkahwinan yang keenam. Untuk tahun keenam ini sangat istimewa. Ia merupakan salah satu tahun kami yang menarik. Kami berada di paras yang paling lemah dan mengejutkan, kami mendapat lebih cinta daripada yang saya boleh tahan dengan hati dan tangan saya.





"Cinta dilindungi daripada dugaan. Kita mula perlahan dan bam! Ini merupakan tahun ke-11 kami bersama," tulis pelakon dan penyanyi Datin Diana Danielle yang memberi ucapan istimewa sempena ulang tahun keenam perkahwinanya dengan pelakon Datuk Farid Kamil menerusi laman Instagram.

Diana, 27, mengakui ulang tahun keenam perkahwinannya dengan Farid adalah tahun yang istimewa buat mereka dan berkata biarpun cinta mereka bermula dengan pelbagai dugaan namun hubungan itu kini sudah menjangkau selama 11 tahun.

Untuk makluman, penyanyi lagu 'Tentang Kita' itu dan Farid berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, pelakon filem 'Gol & Gincu 2' ini juga memberitahu dia hanya mampu berdoa perkahwinan serta hubungan kekal seperti mana mereka dan anak-anak inginkan.

Diana turut berseloroh mengatakan dia dan Farid perlu belajar dan berlatih untuk mengambil gambar sebagai pasangan supaya tidak lagi kelihatan kekok di hadapan umum.

"Awak tahu, jenis hubungan yang bercakap dalam diam. Kami tidak lagi memerlukan banyak perkataan, hanya melihat, sentuhan, ekspresi, dan kebanyakan masa memahami keperluan pasangan.

"Saya selalu berkata, saya tidak boleh menjangka masa depan, saya hanya boleh berdoa ia berjaya seperti mana kita mahukan dan macam mana anak-anak kita mahukan, untuk keluarga kecil kita.



"Saya juga berharap yang kita boleh berlatih untuk gambar kita sebagai pasangan kerana kita sentiasa lakukan... secara kekok untuk tonjolkan kasih sayang depan orang ramai.

"Saya sayang awak @faridkamilz," ujarnya yang memuatnaik beberapa keping fotonya bersama Farid sewaktu Anugerah Skrin 2018 yang diadakan baru-baru ini.

Manakala di IG Farid, dia juga memuatnaik gambar yang sama dengan kapsyen: "Bunga Raya Bunga Kebangsaan... Itu lambang Citra Cinta Ku pada Mu.. I love More Chombi".

Rata-rata peminat mengambil kesempatan untuk mencoretkan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan kepada pasangan itu. Malah peminat juga menganggap pasangan tersebut kuat menghadapi dugaan yang datang dalam hidup mereka.








www.myartis.com / Sumber: mStar, Astro Gempak, Instagram Diana Danielle & Farid Kamil


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: