04 November 2018

STATUS HUBUNGAN DENGAN JULIA - ERWIN MASIH CARI TARIKH NIKAH


"Semestinya saya mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, cuma tarikhnya belum ditetapkan lagi. Saya pula tidak mahu mengambil langkah tergesa-gesa ke arah itu kerana banyak perkara perlu diselesaikan terlebih dulu.





"Malah, ramai yang bertanya mengenai status kami, termasuk isu sudah bertunang atau sebaliknya. Bagi saya, apabila janji sudah diberikan kepada Julia dan orang tuanya, maka kami diibaratkan sudah terikat," kata pelakon, Erwin Dawson.

Berhasrat mengakhiri zaman bujang pada tahun hadapan, pelakon berusia 29 tahun itu bagaimanapun menegaskan belum mempunyai sebarang tarikh hari bahagianya untuk dikongsi bersama umum.

Aktor kelahiran Singapura itu menjelaskan, dia turut dibanjiri pelbagai persoalan berhubung statusnya bersama kekasih, Julia Farhana, yang juga pelakon.

Pemilik nama penuh, Mohamed Erwin Shah Evan Dawson, itu berkata, fokusnya ketika ini adalah pada perancangan ibunya untuk ke Tanah Suci pada awal 2019.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Erwin mengakui masih mengalami kesukaran untuk tidur dan mencuba pelbagai inisiatif bagi memperbaiki masalah terbabit.

Bintang filem 'Pulang' itu menjelaskan, dia pernah memandang ringan soal waktu tidur, terutama ketika masih muda, namun kini dirinya berusaha memastikan perkara terbabit tidak mengganggu jadual kerja.

"Sehingga kini saya masih berdepan masalah sukar untuk tidur, namun saya enggan menjadikannya sebagai alasan untuk lewat tiba ke lokasi dan sebagainya. Sedia maklum dengan masalah dihadapi, saya mengambil langkah untuk mengatasi perkara itu.

"Ketika masih remaja, saya tidak memandang serius masalah ini. Biasalah, kadang kala kita terlewat tidur kerana terlalu leka dengan telefon dan sebagainya. Namun, semakin lama semakin sukar pula hendak tidur walaupun dipaksa," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Erwin Dawson & Julia Farhana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: