12 November 2018

ISU ZAMANI KE FINAL - OGY KURANG SENANG DENGAN KEPUTUSAN


Nampaknya isu penyanyi Zamani Slam yang masuk ke pentas akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) semalam masih lagi dipersoalkan termasuklah pelakon veteran Fauziah Ahmad Daud yang mempersoalkan kelayakkannya.





Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy menerusi posting terbaru di Facebook meluahkan rasa kurang senang dengan keputusan itu. Tanya Ogy, 'memang wajib ke Zamani menjadi juara tahun ini?'

Menerusi status itu, Ogy mempersoalkan kemaraan Zamani ke peringkat akhir rancangan itu walaupun beberapa kali lupa lirik dan gagal menyanyi dengan betul.

Perkongsian Ogy bagaimanapun menerima pelbagai respon daripada pengguna Facebook yang rata-rata kurang senang dengan pendapat itu.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu di Twitter, netizen bersetuju dan berpendapat Zamani sebenarnya tidak layak mara ke peringkat akhir berdasarkan persembahannya yang kurang memuaskan itu.

Zamani yang sering dihimpit kontroversi sepanjang penglibatan di Gegar Vaganza musim kelima (GV5), namun berjaya melangkah ke peringkat akhir rancangan itu.

Zamani antara peserta 'favourite' musim ini memperoleh markah yang 'mencukupi' untuk ke final walaupun kelihatan gagal menyanyikan lagu pertama dengan baik.

Memang panas habis keputusan Zamani ke final semalam. Apapun Datuk Ramli MS atau Tok Ram juga sudah memberi penjelasan mengapa Zamani layak ke final, paling tidak pun fikir itu rezeki Zamani sajalah!




www.myartis.com / Sumber: Oh Bulan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: