29 November 2018

JALANI RAWATAN DI BRUNEI - NINA ISKANDAR ULAS LANJUT KEMALANGAN


"Kejadian berlaku sangat pantas. Saya sedang memandu di laluan tengah dan tiba-tiba kereta saya dilanggar Ketika itu beg udara sudah terkeluar, saya hidupkan lampu kecemasan dan duduk diam dalam kereta dengan harapan ada yang datang membantu.





"Tiba-tiba kereta saya dilanggar sekali lagi dari belakang yang menyebabkan kereta berpusing dan melanggar pembahagi jalan," kata pelakon Nina Iskandar, 27, susulan kemalangan yang menimpanya, kelmarin.

Katanya, kejadian berlaku di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Shah Alam berhampiran Petaling Jaya kira-kira 3 pagi selepas pulang dari makan malam dan set drama terbaru berjudul 'Setelah Cinta Itu Pergi'.

Nina ketika dihubungi Harian Metro melalui Whatsapp berkata, selepas dilanggar kereta pertama yang kemudian memecut laju meninggalkan tempat kejadian, dia panik dan berhentikan kereta.

Bagaimanapun, orang awam dan pemandu kereta kedua yang melanggar keretanya berhenti untuk memberi bantuan. Akibat dua kali pelanggaran dalam masa singkat, Nina cedera di bibir dan retak tulang belakang.

Klik untuk gambar besar


"Saya dibawa ke Hospital Shah Alam dan menjalani rawatan kecemasan, manakala pembantu saya membuat laporan polis di Petaling Jaya.

"Ikutkan saya perlu ditahan di wad selepas menjalani pemeriksaan Xray, jahit luka dan MRI, namun saya menolak kerana tidak suka duduk dalam wad," tuturnya.

Nina bersyukur ibunya yang kebetulan baru sampai dari Brunei akan membawanya pulang untuk menjalani proses penyembuhan dan rawatan di sana. Katanya, pada masa ini dia tidak dapat bercakap dan bergerak dengan selesa akibat kecederaan di alami.

Semalam pelakon drama 'Andainya Takdir' itu dilaporkan ditimpa kemalangan dipercayai akibat langgar lari. Peristiwa itu didedahkan rakan pelakon, Amyza Aznan yang berkongsi foto kereta yang remuk dipercayai milik Nina di laman sosial milik Amyza, lewat tengah malam.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: