02 November 2018

JAMAL ABDILLAH DEDAH ISTERI SUDAH 3 KALI KEGUGURAN


"Sehingga kini belum ada rezeki zuriat lagi kerana sudah tiga kali keguguran. Saya sudah membawa dia berjumpa pakar untuk mendapatkan rawatan dan kuatkan rahim," ujar raja Pop, Datuk Jamal Abdillah.





Jamal mendedahkan isterinya Zai Izzati Khairuddin, 24, sudah tiga kali mengalami keguguran sejak setahun lebih menjalani alam rumah tangga.

Jamal berkata, dia kini membawa isterinya yang berasal dari Kulim, Kedah itu mendapatkan rawatan pakar bagi menguatkan rahim di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Penyanyi lagu 'Azura' itu dan isterinya yang bernikah di Ipoh, Perak pada 1 April tahun lalu masih mencuba untuk mendapatkan zuriat.

Klik untuk gambar besar


Ini merupakan perkahwinan keempat buat Jamal kerana sebelum ini pernah berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Dalam pada itu, bercakap tentang kehidupan rumah tangga, Jamal berkata, kehidupannya kini lebih tenang dan teratur.

"Seperti orang lain badan saya makin berisi, hidup lebih tenang dan semuanya teratur sahaja. Dia ada datang tapi duduk seorang-seorang kerana tiada kawan, kesian juga kalau bawa dia ke majlis hiburan kerana dia masih belum biasa," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: