02 November 2018

TAHNIAH - HANIS ZALIKHA HAMIL, YUSUF BAKAL DAPAT ADIK


Menerusi laman Instagram, pelakon filem 'Paskal', Hairul Azreen,30, telah mengumumkan berita gembira dimana anak sulungnya, Yusuf Iskandar bakal mendapat adik apabila isterinya, pelakon Hanis Zalikha sah hamil cahaya mata kedua.





"Alhamdulillah, InsyaAllah Yusuf Iskandar bakal dapat adik 🙏🏻 #RezekiMilikALLAH. Thank you Allah ☝️," tulis Hairul dalam kapsyen perkongsian gambarnya bersama isteri dan anak yang ketika ini berada di Tokyo, Jepun.

Sementara itu, ruang komen di foto tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis.

Antara artis yang turut teruja dengan berita gembira itu ialah Janna Nick, Gambit Saifullah, Nad Zainal, Mira Filzah, Uqasha Senrose dan Siti Elizad.

Klik untuk gambar besar


Malah, ada segelintir peminat yang menganggap pasangan itu mendapat rezeki berganda selepas kejayaan filem 'Paskal' yang berjaya mengutip RM26.1 juta selepas 28 hari tayangan dan masih ditayangkan di pawagam.

Untuk makluman, Hairul dan Hanis berkahwin pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 3 Jun 2016.

Apa pun, semoga perjalanan pasangan ini sentiasa dipermudahkan. Makin bertambah meriah keluarga Hairul dan Hanis selepas ini.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Hairul Azreen & Yusuf Iskandar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: