01 November 2018

"BILA KAMI JALIN HUBUNGAN SERIUS, BARU KONGSI" - JOHAN AS'ARI


"Dia bukanlah dari kalangan industri seni kita. Dia merupakan seorang usahawan ternakan lembu di utara tanah air dan saya tidak malu untuk berkongsi," kata pelakon Johan As'ari yang kini sedang berkawan dengan seorang wanita.





Johan atau nama penuhnya Johan Ariff As'ari berkata, dia tidak menginginkan pengalaman lalu berulang kembali dan lebih berhati-hati untuk berkongsi dengan semua pihak mengenai hubungan percintaannya.

"Pengalaman lalu membuatkan saya lebih berhati-hati apabila bercakap mengenai soal hati dan perasaan secara terbuka. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali.

"Tunggulah, apabila kami sudah pasti menjalin hubungan yang serius, barulah saya akan berkongsi perkara itu," tuturnya.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: