01 November 2018

TEKA-TEKI TERJAWAB - RAJA ILYA SAHKAN KINI TUNANGAN 'TWG'


Nampaknya segala teka-teki mengenai status percintaan dengan jejaka dari Australia itu bukan lagi rahsia apabila pelakon Raja Ilya mengesahkan dirinya kini sudah menjadi tunangan individu yang hanya dikenali TWG.





Berita gembira itu didedahkan sendiri oleh Raja Ilya menerusi entri terbarunya semalam. Raja Ilya juga memuatnaik satu foto yang merakamkan sebentuk cincin di bahagian jari manisnya.

"I SAID YES 💋 On this day my hand is yours to hold and my heart forever for you to keep #imengaged to him #twg ❤️ Amin. Thank you pada semua yang doa kan untuk ILYA selama Ni ... thank u pada semua sahabat, Rakan rakan artis, Media & Semua peminat ILYA . Thank u so much .. Doa anda semua termakbul .... Amin #syukur," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat Raja Ilya melangkah ke alam perkahwinan.

Difahamkan, pelakon filem 'Soulmate Hingga Jannah' itu dilamar jejaka tersebut di hadapan keluarga di Pulau Langkawi, baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar


"Ia adalah kejutan lamaran daripada TWG dan keluarga. Mereka merancang semuanya bersama teman baik saya di mana kami pergi ke Pulau Langkawi untuk suatu acara.

"Di pulau itu, teman baik saya mengajak makan malam di sebuah restoran. Saya hanya mengikut. Tanpa diduga, TWG muncul sambil diiringi lagu romantik yang dimainkan band di restoran terbabit.

"Dia melutut di depan saya dan melamar... Semua ini berlaku tiga hari lalu. Bayangkan, dia buat semua itu di depan orang ramai dan keluarga. Terasa bagai menjalani penggambaran drama pula... Sungguh tak disangka tetapi saya amat gembira," katanya.

Raja Ilya yang ketika ini berada di Sri Lanka bagi menjalani penggambaran untuk sebuah produk jenama antarabangsa memberitahu dia mula mengenali TWG sejak enam tahun lalu.



"Saya kenal dirinya ketika bertugas sebagai pramugari Air Asia. Ketika itu, dia menjadi penumpang dalam penerbangan saya.

"Tak sangka, jodoh kami berpanjangan. Kami dilahirkan dalam bulan sama iaitu Julai. Dia berusia 37 tahun dan terbabit dalam dunia perniagaan," jelasnya.

Mengenai perancangan berkahwin, Raja Ilya memberitahu, mengikut perancangan, hari bahagia mereka adalah pada tahun depan: "Namun, tarikh kahwin biarlah disembunyikan dulu".

Akui pemilik nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohammad itu, bakal suaminya adalah ahli perniagaan berusia 37 tahun yang menetap di Melbourne.




www.myartis.com / Sumber: Instagram Raja Ilya, Berita Harian & Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: