03 November 2018

"KALAU DI TEMPAT ZAMANI, SAYA TARIK DIRI" - JAMAL ABDILLAH


Mengenai insiden menimpa yang penyanyi Zamani di pentas Gegar Vaganza musim kelima (GV5) minggu lalu, Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 59, menasihatkan bekas vokalis Slam tersebut untuk mendapatkan rawatan dengan segera bagi memulihkan masalah kehilangan suara yang dihadapinya itu.





"Kalau saya berada di tempat Zamani, saya akan menarik diri lebih awal dari pertandingan itu. Sebagai penyanyi, saya tidak mahu mengecewakan penonton terutama peminat apabila suara tidak keluar bila membuat persembahan di pentas.

"Antara rawatan disarankan doktor adalah menggunakan ubat tertentu bagi mengurangkan bengkak di bahagian tekaknya itu.

"Selain itu, Zamani perlu banyak berehat dan minum air kosong serta kurang bercakap untuk segera pulih dari bengkak itu.

Klik untuk gambar besar


"Namun, dari sisi lain, kita dapat melihat ramai peminat yang menyayangi Zamani dan terus memberi sokongan padanya ketika berdepan insiden terbabit," katanya.

Ditanya sama ada insiden menimpa Zamani mungkin ada kaitan dengan penyakit misteri, Jamal menafikannya.

"Sebagai penghibur, saya sendiri pernah mengalami masalah hilang suara seperti Zamani. Insiden itu berlaku ketika saya mengadakan persembahan tanpa henti di konsert skala besar, dua tahun lalu.



"Pada malam terakhir konsert itu, suara saya tidak keluar dan doktor memberitahu tekak saya bengkak dan terkoyak," ujarnya.

Justeru, kata Jamal, dia juga berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dengan segera sebelum persembahan pada konsert terbabit.

"Doktor juga memberi suntikan dan suara kembali pulih. Saya juga bersyukur kerana dapat kembali meneruskan persembahan seperti dijadualkan ketika itu," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: