03 November 2018

DIKATA MANDUL - ANZALNA AKUI TAK TERKILAN MAHUPUN PEDULI


"Saya tak peduli pun orang nak cakap apa tapi saya tahu Tuhan itu merancang segalanya jadi bagi saya suatu hari mereka akan tahu. Kalau saya sendiri yang merancang saya bolehlah sentap dengan kata-kata sedemikian tapi ini semua ketentuan Allah.





"Go ahead nak kata apa pun, saya tak ambil berat pun orang cakap apa pun," kata pelakon Anzalna Nasir yang tidak terkilan apabila menerima pelbagai komen kasar mempertikaikan keupayaannya untuk mendapatkan zuriat.

Kata Anzalna, 30, komen-komen sedemikian tidak melemahkan semangatnya dan akan membuktikan satu hari nanti kata-kata itu semuanya nista.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, jelas Anzalna dia tidak terlalu terburu-buru untuk mendapatkan zuriat memandangkan usia perkahwinannya dengan usahawan kacak, Hanif Zaki baru memasuki dua tahun (21 Februari 2016).

"Saya sudah usaha tapi Allah tentukan. No rushlah, baru dua tahun kahwin, tak cukup lagi masa untuk bersama suami. Biar puas-puas bersama, ada baby lagi best.

"Apapun, doa yang terbaiklah," tambahnya yang turut menantikan kelahiran cahaya mata baru kakaknya, Diana Nasir pada Sabtu ini.












www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: