13 November 2018

KEIKHLASANNYA SAYANG SEFHIA BUKA PINTU HATI SAYA" - ELLY MAZLEIN


"Kami masih lagi dalam fasa perkenalan. Papa adalah nama yang dipanggil oleh Sefhia kepadanya dan Sefhia pun nampaknya, mula selesa dengannya. Papa juga sayang Sefhia seperti anaknya sendiri.





"Kasih sayang itu nampak sangat ikhlas dan bukan dibuat-buat. Keikhlasannya menyayangi Sefhia membuka pintu hati saya untuk menerima cinta baru," kata penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, 38, mengakui sedang dalam proses mengenali rapat seorang lelaki yang dipanggil Papa.

Menurut Elly, lelaki yang dikenali sejak lima bulan lalu juga rapat dengan anaknya, Putri Sara Sefhia dan menerima anaknya seperti anak sendiri.

Penyanyi lagu 'Usah Ditambah Bara Yang Disimpan' dan 'Istana Depan Mata' itu berkata, lelaki itu hadir pada masa yang betul. Elly turut memberitahu yang dia juga gembira melihat anaknya yang kini nampak sangat bahagia.

"Buat masa sekarang, fokus kami adalah untuk bahagiakan Sefhia. Saya terbuka hati untuk menerimanya kerana dia sanggup keluar bertiga kerana saya akan sentiasa membawa Sefhia bersama.

Klik untuk gambar besar


"Papa membuatkan Sefhia rasa disayangi. Kalau dulu, dia tengok saja kalau ada kanak-kanak yang bermanja dengan bapa mereka. Sekarang, dia dah dapat rasakan perasaan yang sama seperti kanak-kanak lain," tuturnya.

Tambah Elly, walaupun kekasihnya itu masih muda, beliau bagaimanapun mempunyai pemikiran yang sangat matang dan lelaki itu juga nampaknya sudah melakukan pelbagai persediaan untuk kehidupannya.

Bekas peserta Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) itu memohon peminat-peminatnya supaya mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup buatnya bersama anak.

"Walaupun dia masih muda, tapi fikirannya sangat matang. Dia sentiasa bersiap sedia untuk kehidupannya, contohnya dah ada rumah sendiri dan simpanan untuk masa depan. Insya-Allah, saya harap hubungan kali ini dipermudahkan oleh Allah. Doakan saya sekeluarga," ujarnya.










www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: