13 November 2018

TAUKE & ISTERI NAMAKAN BABY GIRL, 'ZAMATUL KHAYLA AYDINA'


Pelawak Tauke dan isteri Nadia Mohd Affandi yang selamat menimang cahaya mata pertama pada 26 Oktober lalu di Hospital Serdang itu telah memilih nama 'Zamatul Khayla Aydina' .





Nama tersebut didedahkan oleh Nadia selepas dua minggu bersalin menerusi akaun Instagramnya di ruangan Insta Story dengan memuatnaik sijil kelahiran puteri sulungnya semalam.

Bagaimanapun setakat ini Nadia belum lagi mendedahkan wajah terkini 'Zamatul Khayla Aydina' di akaun Instagram.

Klik untuk gambar besar


Perkara itu membuatkan pengikutnya memberikan komen yang menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat wajah comel Zamatul Khayla.

Untuk makluman, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu. Tauke memiliki enam orang anak yang berusia antara lapan hingga 16 tahun hasil perkahwinan sebelum ini.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: