13 November 2018

HIDAP KANSER ESOFAGUS TAHAP 4 - PUTERI JOHOR MELAWAT ZAIBO


"Bagaimanapun buat masa ini saya hanya mahu memfokuskan kepada keluarga dan dalam masa yang sama keadaan kesihatan membuatkan saya perlu berehat buat seketika. Nak cuci tangan 100 peratus mungkin saya tak boleh... Rindu tu tetap ada.





"Saya juga mahu menyatakan berbanyak terima kasih kepada mana-mana pihak yang prihatin dan membantu saya dalam keadaan saya sekarang ini," kata pelakon veteran dan pelawak Zaibo, 62, yang bersedia untuk memberikan kerjasama dan kembali ke dunia seni sekiranya keadaan kesihatannya mengizinkan.

Menurut Zaibo, baru-baru ini dia dihubungi oleh sebuah syarikat penerbitan yang merancang untuk menerbitkan semula sitkom 'Spanar Jaya', sekali gus mengharapkan penglibatan dirinya.

Beliau menyatakan sanggup memberikan kerjasama dan berkongsi pengalaman dalam penerbitan sitkom berkenaan untuk versi yang baharu.

Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim telah meluangkan masa melawat Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abdul Hamid yang kini bertarung dengan kanser.

Dalam siaran Facebook di The Royal Johor pada Isnin, Tunku Aminah diiringi oleh suaminya Dennis Muhammad Abdullah serta wakil dari Yayasan Kanser Laksamana Johor yang hadir di kediaman Zaibo di Rengit, Batu Pahat.

Tun Aminah melawat Zaibo selepas membaca nasibnya bagi memberi sokongan untuk pelakon itu berjuang menentang kanser. Zaibo disahkan menghidap kanser esofagus tahap empat pada tahun ini. Dia sudah dua tahun berhenti berlakon.

"Saya membesar ketika menonton 'Under One Roof'. Saya memberitahu suami saya betapa lucunya dia dan menunjukkan kepadanya video tentang Zaibo, " tutur Tunku Aminah bercerita mengenai pelakon itu.

Klik untuk gambar besar


Kekanda Tunku Aminah iaitu Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim tewas dalam melawan kanser pada 5 Dissember 2015.

Zaibo membintangi sitkom Malaysia Spanar Jaya (1999 hingga 2005) serta filem-filem seperti fantasi muzik 'Magika' dan 'Awan Dania The Movie'. Dia juga memainkan peranan kecil dalam filem Hollywood, 'Anna and The King'.

Beliau juga terkenal kerana wataknya sebagai penjual mi rebus dalam sitkom dari Singapura iaitu 'Under One Roof' pada tahun 1990, yang pertama kali disiarkan pada tahun 1995.

Tambah Zaibo lagi, dia juga berterima dengan 'rombongan' dari istana kerana prihatin dengan keadaannya dan dalam masa yang sama juga berterima kasih kepada pihak yang menularkan kisahnya sehingga menerima pelbagai jenis bantuan dan juga sumbangan.

Dalam pada itu, isterinya Siti Hawa Sawal, 52, menyatakan pihak keluarga tidak mempunyai halangan sekiranya Zaibo ingin kembali aktif dalam bidang seni sekiranya keadaan kesihatan menunjukkan perkembangan yang positif.

Katanya, mereka sekeluarga juga tidak mahu menghalang perkara yang diminatinya itu kerana jiwa Zaibo telah sebati dengan dunia hiburan, yang mana itulah pekerjaan utamanya.

"Berkenaan keadaan kesihatan abang (Zaibo) dia bertambah baik dan mengharapkan ia terus positif. Buat masa ini abang masih menjalani rawatan rutin di Klinik Kesihatan Rengit. Kami juga sekeluarga gembira dan bersyukur dengan pihak yang datang melawat kami, termasuklah pihak istana yang datang pada hari ini," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: