20 November 2018

"KO ADA SEMUANYA, KITA FOKUS NIAGA SENYAP2" - KAKAK ALIFF SYUKRI


Menerusi laman Instagram, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini telah memuatnaik kenyataan nasihat daripada kakak, Noorhayati Kamarzaman, juga pengasas produk 'Sendayu Tinggi', yang bersimpati dengan nasib adiknya yang sering dikecam.





Dalam kenyataan itu, Noorhayati atau Yatie telah menasihati Aliff supanya tidak lagi menaja program TV dan hanya berniaga senyap-senyap. Tambah Yatie, walaupun mereka ada cara tersendiri dalam berniaga, tapi hatinya sakit melihat orang mengecam adiknya.

"Kri... x yah la gi lgi GV. Sian aku tgk ko asyik kena kecam je. Sakit mental nnti, Tak perlu lah Kri. Kan ko dah ada semuanya. Kita fokus niaga senyap2 je. Benda ni semua akan buat ko sakit.

"Dengar la ckp akak ko ni. Aku walau x campur sgt hal niaga ko, tpi tetap tak suka kalau dgr org ckp benda buruk pasal ko tau," tutup kakak Aliff.

Klik untuk gambar besar


Turut bersimpati dengan kontroversi melanda Aliff, para peminat yang menyokong nasihat adiknya dan menganggap nasihat itu sebagai tanda kasih sayang seorang kakak yang tidak sampai hati melihat kesusahan adik.

Ramai juga memberikan pendapat tersendiri, mengenai kekayaan Aliff yang sudah tiada bandingnya dan tidak perlu terkejar-kejar menaja program bagi meraih publisiti serta memperkenalkan produk-produknya lagi.

Air dicincang tidak akan putus, sama seperti kasih sayang sesama adik beradik. Harapnya Aliff mendengar nasihat yang diberikan oleh kakak tersayang. Mungkin ada hikmahnya apa yang terjadi ini.










www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: