20 November 2018

MOHON MAAF - ZIANA ZAIN AKUI TIADA NIAT HINA MAHKAMAH


"Terima kasih atas peluang diberikan kepada saya. Saya tidak berniat untuk menghina mahkamah dan kenyataan dikeluarkan lebih kepada personal matter (hal peribadi) saya. Saya memohon maaf kepada mahkamah.





"Saya juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu," kata penyanyi Ziana Zain yang membuat permohonan maaf selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam kerana menghina mahkamah (contempt of court) dengan memberikan kenyataan kepada pihak media berhubung kes penderaan anaknya melibatkan bekas suami, Armin Zaharin.

Dalam permohonan maafnya itu, Ziana memberitahu dia tidak berniat untuk menghina mahkamah dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Ziana didakwa mengeluarkan beberapa kenyataan dalam sidang akhbar dan temubual di majalah InTrend keluaran Jun lalu berhubung kes dera membabitkan seorang anaknya.

Klik untuk gambar besar


Ziana yang ditemani adiknya, penyanyi Anuar Zain membuat permohonan maaf itu di hadapan Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Raja Noor Adilla dalam keputusannya menerima permohonan dibuat pihak pemohon iaitu Armin terhadap penghina (Ziana) selepas mendapati wujud keraguan munasabah terhadap kes itu.

Mahkamah menerima permohonan maaf tersebut dengan satu amaran iaitu tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan sepanjang kes perbicaraan berjalan.



Pada Mac lalu, Armin Zaharin didakwa dengan sengaja menyebabkan luka dan lebam pada anak lelaki mereka berusia sembilan tahun menggunakan rotan. Bagaimanapun, Armin mengaku tidak bersalah terhadap kes yang didakwa.

Penyanyi lagu 'Madah Berhelah' yang berkahwin dengan Armin pada 9 Mei 1998 itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: