19 November 2018
"MEMANG SAKIT, KENA KUAT" - ELYANA SABAR HADAPI KESAN RAWATAN
Penyanyi Elyana yang kini kembali selepas menyepi seketika daripada media sosial itu telah berkongsi dia mengalami kulit terbakar, kusam, berjerawat dan rambut gugur kesan daripada rawatan radioterapi yang dilakukan.
Elyana, 31, atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berkata, dia hanya mampu bersabar dan kuat meskipun rawatan itu menyakitkan.
"Pada awalnya saya kena buat 10 kali radioterapi. Tetapi selepas habis, doktor nak tambah lima kali lagi. Namun, melihat tindak balas baik ubat radiotertapi dengan badan saya, jadi doktor kurangkan kepada dua kali.
"Memandangkan saya jenis tak ikut betul-betul, saya hanya buat sekali saja. Keseluruhan saya kena 11 kali radioterapi. Memang sakit. Cuma kalau dibandingkan kimoterapi lebih perit, radioterapi saya masih boleh sabar.
Klik untuk gambar besar
"Habis saja rawatan ini, mulut penuh ulser hingga susah nak makan dan minum. Malah, sepanjang rawatan ini, kulit saya terbakar, hitam, kusam, berjerawat dan rambut gugur.
"Pendek kata memang teruk," kongsinya yang turut meberitahu sejak melakukan rawatan itu juga kesihatannya tidak menentu menyebabkan beliau terpaksa berehat seketika daripada media sosial.
Pun begitu penyanyi lagu ' Kalis Rindu' itu mengucapkan terima kasih buat peminat yang mendoakannya.
Sebak mendengar rintihan dan perkongsian Elyana menjalani rawatan radioterapi. Mungkin ini bahagian Elyana diduga diatas dunia ini. Semoga Elyana terus kuat melawan penyakit kanser itu.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment