27 November 2018

"MUDAH-MUDAHAN MAK MERTUA SEDAR DARI KOMA" - IFA MOHON DOA


Menerusi entri di Instagram miliknya, penyanyi Ifa Raziah memohon kepada semua pihak untuk mendoakan kepada ibu mertuanya, Khizan Zain yang kini kritikal di Wad ICU, Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).





Dalam perkongsian sebuah video di perkarangan tempat menunggu, Ifa melahirkan rasa syukur kerana ibu mertuanya memberi respon yang positif.

"Alhamdulillah keadaan kesihatan mak mertua ifa semakin positif. Mudah-mudahan mak mertua ifa sedar dari koma. Terima kasih yang datang melawat dan yang mendoakan kesejahteraan mak mertua ifa.

Klik untuk gambar besar


"Sesiapa yang mengenali ibu mertua Ifa Khizan binti Zain, beliau sekarang masih kritikal di Wad ICU HKL.. Ifa sekeluarga memohon doa-doa anda semua semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusannya. Amin," tulis Ifa.

Rata-rata peminat Ifa meninggalkan komen yang mendoakan supaya ibu mertuanya kembali pulih selepas menerima rawatan.

Namun, Ifa tidak mendedahkan punca sebenar ibu mertuanya dimasukkan ke hospital. Kami mendoakan semoga ibu mertua Ifa kembali sihat seperti sedia kala.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Ifa Raziah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: