27 November 2018

KEPALA QAYYUM 'DITUNJAL'? - SHAHIDA PERTAHANKAN BIBIK


Usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida telah mengadakan majlis sambutan hari jadi buat Qadejah, Ibraheem dan Qayyum pada hujung lalu di kediaman miliknya.





Namun dikala sambutan itu, timbul pula sebuah video yang disebarkan oleh seorang individu dimana dia mendakwa pembantu rumah Aliff Syukri, warganegara Indonesia menunjal kepala Qayyum yang sedang dipegang oleh pembantu rumah yang lain.

Dalam posting tersebut juga, Alya mengajak orang ramai viralkan salah laku pembantu rumah Aliff, yang didakwa mendera kanak-kanak itu. Bagaimanapun Shahida tampil mempertahankan tindakan pembantu rumah mereka dengan mengatakan apa yang berlaku cuma satu salah faham dan tiada langsung unsur penderaan.

Menurut Shahida, pembantu rumahnya hanya cuba palingkan muka Qayyum untuk bergambar. Malah, Shahida juga berang dengan tuduhan individu tersebut dengan bertanya bukti kesan lebam andai anaknya didera.

Klik untuk gambar besar


Kenyataan Shahida mempertahankan pembantu rumahnya itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai yang terkilan dengan sikap pasangan itu, mengabaikan kejadian yang sudah terang lagi bersuluh berlaku.

Umum mengetahui sekitar tahun lalu, Aliff Syukri telah mengambil dua orang anak angkat iaitu Ameena dan Qayyum.

Apapun, tidak elok untuk membuat sebarang tuduhan tanpa usul periksa apatah lagi jika tiada di tempat kejadian. Kami pasti Aliff dan isterinya akan peka dengan keadaan semasa dan kebajikan anak angkat mereka.














ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: