27 November 2018

PERATURAN SHUIB & SITI SARAH, 'SATU SURAH SATU MAINAN' DIPUJI


Pelawak Shuib Sepahtu dan isterinya, penyanyi Siti Sarah Raissuddin baru sahaja pulang dari menunaikan umrah selepas dua minggu.





Dalam muatnaik terbaru, Shuib ada berkongsikan sebuah video mengenai gelagat anak sulungnya, Uwais Alqarni yang mahukan permainan baru. Apa yang menarik perhatian, syarat yang diberikan Shuib kepada anaknya.

Difahamkan, Shuib dan Siti Sarah kini sedang mencuba peraturan baru untuk mendidik anak-anak mereka, dimana mereka perlu membaca satu surah al-Quran setiap kali mahu membeli sebarang permainan baru yang diingini.

Klik untuk gambar besar


Menerusi video yang dimuatnaik, Shuib meminta anaknya membaca surah sebelum membelikan mainan baru. Rata-rata ramai memuji pasangan ini mendidik anak-anak menghafal surah-surah al-Quran sejak dari kecil.

Malah tidak kurang juga, ada ibu bapa yang berasa kagum dan ingin mencubanya sendiri di rumah bersama anak-anak mereka. Kalau dilihat pada video itu, tidak kekok sama sekali anak mereka membaca surah suci al-Quran.




www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Instagram Shuib Sepahtu


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: