17 November 2018

OZLYNN: "SEMAK NGAN KO, BERAMBUS!!!" MULUT BAU JUBOQ AYAM..."


Segelintir pihak yang suka mengambil tahu dan mempersoalkan kehidupan peribadinya telah membuatkan pelakon Ozlynn Wati tampil menegur dan berkata dia berasa rimas dengan sikap sebegitu selain menganggap mulut orang yang bertanya itu seperti bau buntut ayam.





"Kdg ada yg sound.. kemaskan umah.. suh laki ko tu gunting rambut... wehhh!!! Ko semak ngan family aku?? Ko ingat aku x semak ngan ko?? Berambus!!!

"Kat sini kita jadi manusia normal.. bkn ko celik2 mulot ko bau syorgaaa tak ehh! Kdg mulot ko tu bau juboq ayam mcm mulot masa ko bertanya tanpa pikir perasaan org..," tulis Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 37, menerusi laman Instagram.

Ozlynn kerap memuatnaik video aktiviti bersama keluarga di rumah menerusi laman Instagramya dan rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut.

Tambah Ozlynn, lebih baik pihak yang tidak menyukai itu berhenti daripada mengikuti laman sosialnya daripada menambah dosa.

Klik untuk gambar besar


Katanya, dia tidak marah namun memberi peringatan kepada diri sendiri dengan menyekat pihak tersebut sebelum menjawab soalan yang menyakitkan hati keluarga.

"Sooooo kalau ko x suka kat ig yg ko follow atau stalk.. better blah weh.. kurangkan dosa sesama kita.. ehhh x... aku x marah cuma ingatkan diri aku sendiri juga...

"Sblm jawap soalan yg menyakitkan ati family baik kita block awal2... x ke bagus idea aku tuh.. korg leh tiru...🤪🤣," ujarnya.

Dalam pada itu, isteri kepada pelawak Johan ini memberitahu dia tidak tahu untuk menyunting gambarnya supaya kelihatan berbeza.



Baginya, setiap kali gambar yang diambil akan terus dimuat naik biarpun foto tersebut memperlihatkan perut buncit dan lengan menggelebeh.

"Ramai tanya cantik skin aku.. sorry aku x reti nak edit2 kat fon.. kdg kat fon sendiri muka mcm bibik tp bila org lain post muka ko.. makkk aiii lawooo nya aku kahhhhhhh!!! Perasan..

"Bergantung pd hp cap apa ko pakai... aku jenis apa yg aku amik tu yg aku post.. sb aku xnk nnt bila org jumpa aku.. laaaa dlm gmbr nmpk kecik luar besar, dlm gmbr lawa luar buruk🙈...

"So aku post je kdg nmpk perot buncit, lengan gelebeh, muka abah2... x kisah.. x susahkan sesape.. ," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ozlynn Wati


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: