17 November 2018

DIUJI DUA DUGAAN - HAZIQ HUSSNI MOHON DOAKAN IBU & ANAKNYA


"Ujian yang bersilih ganti datang ini saya anggap sebagai dugaan, tambahan pula saya sedang terikat dengan jadual kerja yang padat. Sebelum ini, mama sering selesema dan demam, namun tidak sangka pula ia sebenarnya berpunca daripada jangkitan kuman pada paru-paru.





"Sukar untuk saya jelaskan perasaan ketika ini, terutama apabila anak kedua, Chayra Auliya masih memerlukan perhatian rapi," kata penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni yang berdoa diberi Allah kekuatan untuk mengharungi dugaan apabila dua insan kesayangannya berdepan masalah kesihatan.

Haziq berkata, ketika anak perempuannya masih belum sembuh daripada batuk kokol, dia sekali lagi diuji apabila ibunya, Merfazon Jan dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan paru-paru.

Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu berkata, biarpun sibuk dengan komitmen kerja, dia tetap mencuri masa untuk bersama ibu dan anaknya.

Klik untuk gambar besar


"Saya perlu kuat menghadapi dugaan ini kerana mereka memerlukan sokongan saya dan keluarga. Saya juga mengharapkan semua pihak turut mendoakan kesihatan mereka kembali pulih," ujarnya.

Untuk info, Haziq atau nama penuhnya, Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni mendirikan rumah tangga dengan Ayunda Putri Mekarsari pada Julai 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata termasuk Muhammad Heidy Nufael yang kini berusia setahun tujuh bulan.

Dalam perkembangan lain, pengacara Separuh Akhir Muzik Muzik 33 (MM 33) berkata, dia teruja menanti detik pengumuman senarai lagu yang layak bersaing pada kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-33, Jumaat ini.

"MM33 memberikan pengalaman yang baharu dalam kerjaya pengacaraan. Saya sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kerana tanggungjawab diberikan cukup bermakna untuk saya yang masih hijau dalam bidang ini," tuturnya.








www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Haziq Hussni


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: