18 November 2018

ISU 'CROP' - ISMAIL IZZANI TAMPIL MOHON MAAF, NIAT NAK BERGURAU


"Saya mohon maaf kepada awak atas salah faham yang berlaku. Sebenarnya niat saya muat naik foto itu sebab nak bergurau dengan lelaki di belakang saya itu.





"Kebetulan dalam gambar tu, PRO saya telah 'photobomb' dengan berada di belakang sambil tersenyum. Saya 'crop' foto itu sebab kelakar melihat wajah pengurus saya itu.

"Tapi tak sangka foto itu menyebabkan salah faham," kata penyanyi Ismail Izzani yang memohon maaf atas salah faham yang berlaku antara dia dengan seorang peminat bernama Ainul Najihah.

Ismail, 18, berkata, tindakannya memotong wajah wanita itu pada foto terbabit kerana ingin bergurau dengan rakannya yang turut berada dalam foto tersebut.

Klik untuk gambar besar


Dia menganggap foto tersebut sebagai lucu apabila rakan yang juga Pegawai Perhubungan Awam (PRO) syarikat pengurusannya itu secara kebetulan berada dalam foto terbabit.

Penyanyi lagu 'Demi Kita' ini diminta mengulas mengenai luahan kekecewaan seorang peminat yang menggunakan akaun Instagram @ainulnajihahhh terhadapnya.

Menerusi Instastory Ainul meluahkan rasa sedih apabila gambar asalnya telah dipotong oleh Ismail dan dimuat naik di laman sosial penyanyi itu tanpa meletakkan kredit pemilik gambar tersebut.



Dalam pada itu, Ismail mengambil keputusan untuk memadam semula foto tersebut selepas menerima pelbagai komen.

Bagi Ismail yang tiada niat untuk menyakitkan hati mana-mana pihak, dia mengambil langkah tersebut disebabkan tidak mahu memanjangkan lagi isu itu.

"Memang benar saya padam foto itu selepas menerima banyak komen daripada netizen. Lebih baik saya padam untuk elak perbalahan antara mereka.

"Sejujurnya, saya tidak ada niat untuk menyakitkan hati mana-mana pihak. Ia berlaku secara tidak sengaja," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: