18 November 2018

AL-FATIHAH - BAPA JEHAN MISKIN KEMBALI KE RAHMATULLAH


Takziah kami ucapkan kepada pelakon, Jehan Miskin, 38 atas permergian bapa tercinta, Profesor Miskin Pakir Mohamad yang juga bekas pensyarah yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 78 tahun di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, jam 10.35 malam kelmarin.





Jehan berkata, arwah pergi dalam keadaan tenang, malah mereka sekeluarga bersyukur dapat bersamanya pada saat terakhir perjalanan hidupnya.

"Arwah adalah insan yang mempunyai jati diri paling tinggi, jujur, berkarisma, penuh semangat dan sangat menikmati kehidupan.

Klik untuk gambar besar


"Arwah membentuk saya menjadi lelaki seperti hari ini. Tanpanya, saya bukan siapa-siapa. Kami sangat bertuah berada di sisinya pada saat terakhir," luah Jihan menerusi laman Instagramnya.

Menerusi kenyataan yang sama, bintang 'Qaisy & Laila' juga meminta orang ramai berdoa dan bersedekah al-Fatihah buat arwah ayahnya.

"Kami cuma meminta doa anda semua dan sedekahkan al-Fatihah supaya arwah tenang bersemadi di sana. Papa, kamu sudah bebas sekarang. Kami menyayangimu sampai bila-bila, terbanglah bebas dan sampai kita berjumpa lagi,” katanya lagi.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: