18 November 2018

DILABEL SIMBOL SEKS: "SUKA HATILAH, IBU SAYA TAK BISING" - ZIZI KIRANA


"Apabila mereka melihat dari sudut negatif, memang negatiflah jadinya. Suka hatilah mereka dengan tafsiran imaginasi sendiri melihat.





"Saya tidak peduli dan tidak pasti apa sebenarnya yang mereka cuba buktikan dengan melabel saya," kata penyanyi Zizi Kirana yang tidak mahu ambil pusing dengan kecaman dan label yang diberikan kepadanya iaitu digelar bintang porno kerana penampilannya yang seksi.

Zizi, 33, yang popular dengan lagu 'Nak Ke Tak Nak', Lepak Mamak' ini berkata, dia tidak berkecil hati dengan komen sebegitu kerana mereka tidak mengenali siapa dirinya yang sebenar.

Jelasnya beliau selesa berpakaian seperti itu, ibunya juga tidak pernah menentang. Malah kata Zizi, beliau juga tidak pernah terfikir mahu menutup ruangan komen walaupun mendapat pelbagai kecaman kerana menganggap 'haters' ini seperti virus yang akan tetap merebak walau dihalang.

Klik untuk gambar besar


"Ibu saya sendiri tidak bising pun dengan cara penampilan saya ini. Tidak terfikir langsung sampai nak tutup ruangan komen walaupun saya banyak mendapat komen negatif. Biarlah mereka sesuka hati meninggalkan apa saja komen.

"Kalau saya tutup pun, mesti ada yang akan tetap cari jalan untuk komen mengenai saya di tempat lain pula. Ibaratnya seperti viruslah, komen-komen sebegitu memang akan merebak ke mana-mana," ujarnya.

Dalam pada itu, Zizi juga menafikan penampilannya semakin seksi adalah gimik untuk sebarang projek akan datang.

"Bukan gimik pun. Tiada kaitan dengan lagu akan datang disebabkan saya pun baru lancarkan single baru," jelasnya yang baru tampil dengan lagu berjudul 'Siapa Yang Bap Bap'.












www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: