13 November 2018

PAKAI BAJU 'NAK TERLONDEH' - PUTERI AISHAH DIKECAM


Menerusi laman Instagram, pelakon Puteri Aishah dilihat telah hadir ke majlis Most Glam 2018 bersama Nazim Othman dengan menggayakan busana merah.





Penampilan terbaru Aishah nampaknya mengundang komen tidak senang dari para peminat yang menyifatkan pakaian pelakon itu terlalu menjolok mata dan dianggap terlalu seksi.

Dikenali sebelum ini sebagai Cikgu Aishah yang cukup manis penampilannya, ramai yang tidak boleh menerima gaya Aishah kini sudah berubah dari imej baik yang ditonjolkan dulu dan semakin 'daring'.

Selain mengecam penampilan seksi Aishah, ada juga komen yang mengingatkan pelakon itu tentang keadaan ibunya yang sedang sakit namun pelakon itu tetap tampil seksi seakan tidak pedulikan perasaan ibunya.

Klik untuk gambar besar


Aishah dikecam teruk oleh netizen yang melabelkan beliau terlalu ingin mencari publisiti murahan sehingga lupa tentang adab berpakaian seorang wanita Muslim. Jagalah maruah daripada hendak mencari populariti semata-mata.

Ada juga yang meminta agar beliau memadam foto tersebut agar tidak lagi mengundang sebarang fitnah mahupun kontroversi.

Apa-apapun, kami harap Aishah boleh lebih berhati-hati dengan pemilihan pakaian selepas ini kerana peminat hari ini semakin sensitif dengan gaya yang dikenakan oleh artis pujaan mereka.










www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Aishah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: