13 November 2018

RAMBUT 'BLONDE' DIKRITIK - AWAL ASHAARI JELASKAN IA 'SAH SOLAT'


Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Awal Ashaari telah memuatnaik foto dimana dirinya tampil dengan potongan rambut terbaru dan mewarnakannya menjadi 'blonde'.





Bagaimanapun, gaya suami kepada Scha Al-Yahya itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menegur warna rambut itu tidak sesuai dengan dirinya termasuklah juga pertanyaan adakah solat Awal sah?

Nampak lebih tenang kali ini dan tidak mudah melatah, Awal telah memberikan penjelasan mengenai isu itu di akaun Instagramya. Katanya, perwarna yang digunakan itu mesra wudhu.

"It took me two days, and 7 times bleaching to achieved this look. Not even a single drop of hair dye was involved in the process. So it's solat-able ☺️.

Klik untuk gambar besar


"Thank you @shawncutlergroup specifically to my brother @gibson_loong for this makeover. Major love. #shawncutlerbangsar," jelasnya.

Iyelah kalau bergelar selebriti, fesyen dan penampilan mereka haruslah 'up to date', kalau tidak mesti ada yang kata mereka ini membosankan.

Kalau Bakat sahaja tidak cukup untuk terus kekal relevan dalam industri hiburan. Kena tampak unik dan menarik perhatian ramai. Apa kata anda tentang penampilan terbaru Awal? Ada perbezaan dan nampak lebih menawan?








www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Awal Ashaari


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: