14 November 2018

RAMBUT 'BLONDE' AWAL: "SOLAT SAH TAPI PERBUATAN HARAM" - DAI IZZHAR


"Mewarnakan rambut ada tiga syarat iaitu bahan-bahan yang digunakan halal dan tidak menghalang air serap dalam rambut.





"Warna itu juga tidak boleh menyerupai kaum dari agama lain dan pemilihan warna tidak pelik seperti putih, ungu atau merah," jelas penceramah bebas, Da'i Izzhar atau Ahmad Izzhar Ahmad Nazri berhubung pelakon dan pengacara Awal Ashaari mewarnakan rambut 'blonde'.

Bagaimanapun, seseorang itu dibenarkan mengubah ciptaan Allah sekiranya ia boleh memudaratkan kehidupan atau kesihatanya.

"Tiada masalah untuk Awal menunaikan solat kerana ia sah memandangkan dia tidak menggunakan pewarna rambut. Solat masih sah tapi perbuatan itu tetap haram.

Klik untuk gambar besar


"Melainkan kalau dia tak ubah warna rambut boleh mendatangkan kemudaratan dalam kehidupan atau kesihatannya, barulah dibenarkan," ujarnya.

Awal sebelum ini menjelaskan solatnya sah memandangkan perubahan warna rambutnya menjadi 'blonde' itu tidak ada menggunakan sebarang produk pewarna.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 37, berkata dia mengambil masa dua hari dan tujuh kali untuk melunturkan warna asal rambutnya.



"Ia mengambil masa selama dua hari dan tujuh kali membuat pelunturan untuk mendapatkan rupa ini. Tidak ada setitik pewarna rambut yang terlibat dalam proses itu. Oleh itu, ia bersifat boleh solat," tulisnya menerusi laman Instagram.

Awal menjelaskan dia tidak menggunakan sebarang pewarna rambut untuk mendapatkan perubahan rambutnya.

Penampilan baharu Awal itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang berpendapat tindakan tersebut haram dan menyebakan solatnya tidak akan sah.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: