15 November 2018

"RM100K AMAT BESAR, MUSTAHIL WALAU 100 TAHUN" - PENYEBAR MENYESAL


Menerusi laman Facebook peribadi miliknya, Muhammad Izwan Shah Kamal memberitahu yang dirinya tersentak mendengar jumlah saman yang harus dibayar dan mengakui beliau cukup menyesal dengan perbuatannya.





Kata Izwan, jika beliau hidup selama 100 tahun sekalipun mustahil untuk beliau membayar RM100,000. Pada masa yang sama, beliau juga memohon maaf kepada Skop Productions terutama sekali kepada Datuk Yusof Haslam dan Syamsul Yusof.

Meskipun disaman, Izwan bersyukur tidak dipenjarakan dan berkesempatan untuk menjaga serta mampu menabur bakti kedua-dua ibu bapanya yang kian meningkat usia.

Semalam, Mahkamah Majistret Taiping mengarahkan Izwan membayar saman RM100,000 kepada pihak Skop Productions atas kesalahan menyebarkan filem Munafik 2 secara haram di Facebook atas akaun 'Sasuke Kun'.

Klik untuk gambar besar


"Saya yang bernama Muhammad Izwan Shah ingin memohon maaf kepada pihak Skop Production terutamanya kepada Datuk Yusof Haslam dan anak beliau Syamsul Yusof kerana saya telah menyusahkan Datuk dalam beberapa bulan ini.

"Dan juga ingin memohon maaf kepada P.A Datuk dan adik perempuan Datuk sendiri kerana telah mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan mereka.

"Saya sekali lagi dgn rasa rendah diri... menyatakan saya amat menyesal dengan kesalahan yang telah saya lakukan. Tindakan makhamah mengeluarkan perintah supaya membayar RM100,000 sebagai gantirugi kepada pihak Skop betul-betul membuatkan saya tersentak.



"Tapi saya sangat-sangat bersyukur,kerana tidak dikenakan hukuman penjara.. sekurang-kurangnya saya masih berkesempatan untuk menjaga kedua dua ibu bapa saya yang kian meningkat usia.

"Saya tak kisah saya tak ada kereta, tak ada rumah sendiri, walau tak ada jodoh sekalipun (tak kahwin)... yang penting saya masih diberi peluang untuk menjaga ibu bapa saya.

"Biarpun sepanjang hayat saya bekerja keras semata-mata untuk membayar gantirugi kepada pihak Skop, nilai RM100,000 tu teramatlah besar bagi orang biasa macam saya, mustahil untuk saya mendapatkan jumlah tersebut walau saya dapat hidup 100 tahun sekalipun.. Tapi saya berjanji saya akan bayar juga walaupun sikit-sikit kepada pihak Skop..



"Inilah pengajaran untuk saya yang Allah turunkan.. dan saya berharap sangat ini juga boleh menjadi pengajaran untuk orang lain.

"Mana-mana individu kat luar sana yang berhasrat atau sedang giat melakukan aktiviti-aktiviti sharing link mahupun aktiviti-aktiviti yang melanggar hakcipta ini TOLONGLAH HENTIKAN, KERANA NEGARA KITA ADA UNDANG-UNDANG.

"JANGAN ANGGAP BENDA NI MUDAH DAN RINGAN.. KERANA SAYA PUN MACAM TU JUGA PERMULAANNYA TAPI TENGOKLAH SEKARANG.. KESAN DAN IMPLIKASINYA YANG SAYA SEDANG HADAPI," antara yang ditulis oleh Izwan.

Kami berharap apa yang terjadi kepada Izwan ini akan menjadi pengajaran buat semua. Jangan pernah terlibat dengan jenayah cetak rompak dan hargailah usaha penggiat seni tempatan untuk menghasilkan karya berkualiti.




www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Astro Gempak & Facebook Izwan Shah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: