15 November 2018

JOHAN AS'ARI HADIAHKAN 'KEKASIH' AL-QURAN YANG SAMA


"Perkenalan kami baru enam bulan. Sepanjang tempoh itu diakui saya selesa berkawan dengannya. Dari awal pertemuan, dia hadiahkan saya al-Quran. Dari situ saja saya sudah berasakan ada sesuatu yang istimewa mengenai dirinya.





"Kami memiliki al-Quran sama yang lengkap dengan maksud dan terjemahan. Jadi, sebelum tidur atau pada waktu pagi dia suruh saya buka muka surat dan cari ayat tertentu. Kemudian, dia minta saya baca maksud ayat berkenaan sebelum dia buat huraian.

"Sejujurnya, apabila berkawan dengannya saya berasa kehidupan terisi. Apatah lagi cara kami berkawan dan berkomunikasi berbeza. Lagi pula, sepanjang 33 tahun ini saya tak pernah rapat dengan lelaki dan ada seseorang yang istimewa.

"Kiranya, Johan adalah yang pertama," kata pengusaha ladang ternak lembu yang juga wanita dikaitkan dengan pelakon Johan As'ari, Dr Nazejulaiti Mahmud, 33.

Klik untuk gambar besar


Nazejulaiti yang juga doktor falsafah dalam bidang ekonomi berkongsi pelakon itu menghadiahkan senaskhah al-Quran kepadanya pada awal perkenalan mereka.

Tambah Nazejulaiti, cara berkomunikasi mereka juga berbeza dengan menjadikan ayat suci al-Quran sebagai pedoman seharian.

Sementara itu, Johan, 32, atau nama penuhnya Johan Ariff As'ari berkata, dari awal perkenalan dia sudah menceritakan semua kisah hidup yang pernah dilalui termasuk sejarah percintaan dan kontroversi yang pernah melanda dirinya sepanjang bergelar pelakon.

"Dari hari pertama kenal, saya sudah bercerita segalanya. Malah, saya minta dia buat carian di Internet mengenai siapa diri saya sebenarnya. Bukan apa, saya mahu bersikap jujur dan telus.



"Saya mengaku banyak buat silap sebelum ini terutama dalam percintaan. Pendek kata, apabila mulai berkenalan dengannya saya bersih tanpa ada yang disembunyikan. Bagi saya, sejarah lama biarkan berlalu. Tidak perlu diungkit. Alhamdulillah, sampai sekarang kami okey saja," ujarnya.

Ditanya sejauh mana perhubungan yang terjalin, Johan berkata, keluarga wanita itu merestui, namun tidak pernah memaksa dalam soal perkahwinan. Malah Johan menyerahkan perkara itu atas ketentuan dan jodoh Allah SWT.

"Saya boleh berusaha ke arah itu. Cuma, tak pernah cakap dia jodoh saya. Apa yang boleh dilakukan adalah jalani kehidupan macam biasa. Sekiranya hubungan ini tak menjadi pun, kami masih boleh berkawan.

"Mengenai penerimaan keluarganya, mereka restu dan tak paksa saya. Disebabkan itu saya sangat hormat mereka," tutur pelakon filem 'Polis Evo 2'.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Johan As'ari


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: