15 November 2018

UQASHA DEDAH TERIMA MESEJ PELIK DARIPADA SUAMI ORANG


Menerusi sebuah entri di InstaStories akaun Instagram miliknya, pelakon Uqasha Senrose telah mendedahkan dia menerima mesej pelik daripada seorang lelaki yang sudah berkahwin.





Dalam kiriman mesej tersebut, lelaki tersebut memberitahu yang Uqasha sering hadir ke dalam mimpinya tetapi bukanlah sebagai sesuatu yang tidak senonoh.

Enggan berlaku salah faham, lelaki itu pada masa yang sama mengaku dirinya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Namun, beliau mempunyai perasaan sayang terhadap Uqasha dan ingin sekali berkenalan dengan aktres. Bagaimanapun, beliau tidak ada niat untuk mengahwini Uqasha menjadi isteri keduanya.

Klik untuk gambar besar


Kiriman mesej itu telah dihantar kepada Uqasha pada hari Selasa yang lalu dengan tidak mendedahkan siapa individu tersebut.

Apa perasaan anda jika menerima mesej daripada seorang lelaki yang tidak dikenali tetapi tiba-tiba mahu anda menjadi buah hatinya? Mesti rasa rimas dan seram kan?

Memang rasa seram dan semacam sahaja bila baca mesej tersebut. Apa-apa pun, orang sebegini jangan dilayan, kalau boleh 'block' terus demi keselamatan diri.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: