11 November 2018

SELAMAT NIKAH - NADIYAH SHAHAD KINI ISTERI BEN


Petang semalam, pelakon yang memegang watak antagonis, 'Tengku Natasha', dalam drama 'Lafazkan Kalimah Cintamu' iaitu Nadiyah Shahab telah selamat bernikah pasangannya, Ben Ali dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di The Ballroom at East Coast, Singapura.





Majlis dihadiri kira-kira 700 tetamu itu menyaksikan bapa Nadiyah, Syed Fuad Syed Ahmad Shahab menikahkan pasangan sama padan sama cantik ini.

Antara rakan-rakan artis hadir yang merupakan teman akrab pasangan itu adalah Nelydia Senrose, Raysha Rizrose, Aprena Manrose dan Oktovia Manrose.

Nadiyah menerima wang hantaran berjumlah RM45,000 selain menyerahkan lima dulang hantaran berbalas jumlah sama daripada pengantin lelaki. Mas kahwin pula berupa cincin berlian.

Klik untuk gambar besar


Pelakon jelita kelahiran Singapura yang menempa nama di Malaysia itu mengaku sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri.

Nadiyah memberitahu yang dia dan suaminya itu masing-masing tidak menolak mahu dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.

"Gementar memikul status baharu ini... Tapi saya sudah bersedia dengan tanggungjawab dan ikatan ini. Semoga saya dan suami dapat melayari bahtera perkahwinan ini sebaik mungkin.

"Memang saya dan suami mahukan anak cepat. Lagipun, datuk saya sudah tua dan mahu segera berjumpa dengan cicitnya," kata Nadiyah.



Mengenai perancangan bulan madu, mereka bercadang 'terbang' ke Itali atau London tetapi masih belum mempunyai tarikh kerana kesibukan.

"Cuma belum ada tarikh hendak berbulan madu. Ini kerana kami sedang sibuk berpindah rumah dan pejabat. Tapi insya-Allah jika ada kesempatan, kami akan menempah tiket dan terbang ke lokasi dihajati," jelasnya.

Mengenai suami tercinta, Nadiyah menganggap Ben seperti teman karib yang banyak berjasa kepadanya.

"Ben menjadi antara insan paling penting dan banyak berjasa dalam hidup saya. Dia membantu membuka peluang untuk saya berlakon di Kuala Lumpur.



"Kami juga sudah seperti kawan karib. Banyak perkara yang kami boleh lakukan bersama, begitu juga dengan hobi. Contohnya, saya obses dengan semua perkara berkaitan Harry Potter termasuk novel. Ben juga membaca buku terbabit.

"Menyedari saya menggemari siri Game Of Thrones, Ben juga menontonnya," tuturnya yang bakal meraikan sanak-saudara dan kenalan di Malaysia pada 17 November depan.

Untuk makluman, pasangan ini bertunang pada 13 Januari lalu. Mereka berkenalan sejak dua tahun lalu dan mula akrab enam bulan selepas itu.

Nadiyah mula mengasah bakat lakonan di Malaysia sejak tahun lalu menerusi 'Encik Suami Mat Salih Celup', drama yang diterajui Daler Yusuf dan Nelydia Senrose.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: