10 November 2018

HUBUNGAN DENGAN ANAK TIRI DIPERTIKAI - FARAH ASYIKIN PERJELASKAN


Menerusi laman Instagram, penyanyi Farah Asyikin telah berkongsi sekeping gambar yang diambil bersama keluarganya.





Di ruangan kapsyen, Farah memperjelaskan tentang hubungannya bersama tiga orang anak tiri yang sering dipertikai oleh sesetengah netizen.

Menurut Farah, hubungannya bersama anak tiri tidak mempunyai masalah dan baik-baik sahaja, bukan seperti yang disangka oleh segelintir pihak.

"Ramai pengikut saya meminta gambar bersama anak tiri, sebenarnya saya pernah berkongsi gambar bersama mereka dahulu.

Klik untuk gambar besar


"Kalau 'scroll down' profil saya, anda akan jumpa gambar kami bersama. Terima kasih kepada Snow White dan Cinderella yang memberi impak kepada stigma masyarakat yang membenci ibu tiri.

"Saya sayang keluarga saya, saya sayang anak tiri dan menghormati privasi mereka," jelasnya yang berasa kesal dengan stigma masyarakat yang dipengaruhi oleh cerita-cerita dongeng dan filem yang memaparkan hubugan buruk antara anak tiri dan ibu tiri.

Untuk makluman, Farah mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1999 dan pernah dikenali sebagai penyanyi lagu bergenre pop, R&B dan Pop Rock.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Farah Asyikin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: