10 November 2018

"LEPAS MENGANDUNG GEMUK & BERBAU... CARI LAIN" - PENGGUNA FB DIKECAM


"Tak leh salahkan suami, sebab perempuan lepas mengandung akan gemuk dan berbau. Hak suami la untuk cari yang lawa dan wangi balik," demikian komen oleh seorang pengguna Facebook bernama Firdaus dalam ruangan komen satu artikel oleh sebuah portal hiburan berkaitan kenyataan pelakon Mia Ahmad.





Bagaimanapun, kenyataan Firdaus itu menimbulkan pelbagai reaksi dan mengundang kecaman netizen yang dimana rata-rata mereka meluahkan rasa marah kerana komen lelaki tesebut seolah-olah menyokong suami untuk berlaku curang jika isteri dah gemuk atau tidak lagi cantik seperti dulu.

Disebabkan komen melampau itu, ramai netizen mengatakan mahu menjejaki lelaki tersebut di media sosial. Tidak kurang juga, ada yang meminta agar lelaki bernama Firdaus itu menukar namanya kerana tindakannya itu tidak mencerminkan nama yang membawa maksud baik.

Komen keterlaluan oleh lelaki itu dimuatnaik oleh seorang netizen di Twitter dengan kepsyen, 'Salam girl, jangan kahwin dengan Firdaus ni okay?'.

Klik untuk gambar besar


Ramai kalangan wanita turut meluahkan rasa bimbang untuk berkahwin kerana sikap lelaki seperti itu dan turut meminta agar tidak ditemukan jodoh dengan lelaki sedemikian.

Umum sedia maklum, rumah tangga Mia dan Mohd Izham Tarmizi kini sedang diuji. Sebelum ini, suaminya yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) tegas menepis dakwaan kononnya dia berlaku curang.

Semalam, menerusi Instagram Mia menegaskan dia akan lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan rumah tangganya. Ujarnya lagi, hanya dirinya, suami dan wanita itu sahaja yang tahu kebenarannya.

Peribahasa ada mengatakan, terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata buruk padahnya. Apa pun, selepas ini jika nak tinggalkan sebarang komen adalah lebih baik berfikir dulu baik buruknya.


www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: