27 November 2018
TANAH SUCI: "BENAR!! DOAKAN YANG BAIK-BAIK" - SAJAT
Selepas baru-baru berkunjung ke negara Lubnan dan Paris, usahawan kosmetik Nur Sajat memberitahu dia akan ke negara Mesir pula.
Bagaimanapun, menerusi perkongsiannya itu rata-rata netizen bertanyakan bilakah agaknya Sajat akan berkunjung ke tanah suci kota Mekah memandangkan dia berkemampuan untuk menunaikan haji atau umrah.
Nampaknya segala persoalan netizen mengenai perkara tersebut akhirnya terjawab. Menerusi Instagram Story, Sajat memberitahu bahawa dia akan ke tanah suci tidak lama lagi.
Klik untuk gambar besar
Dalam masa sama, Sajat turut meminta agar orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk dirinya. Selepas mendengar tentang perkhabaran tersebut, ramai yang mendoakan semoga Sajat memperoleh ibadah yang mabrur.
"Benar!! Saya akan ke Tanah Suci.. Doa-doakan yang baik-baik," tulis penyanyi lagu 'Makhluk Penggoda' dan 'Bobo Dimana'.
Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik saja untuk Sajat.
www.myartis.com / Sumber: Rotikaya
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment