10 November 2018

TERPAUT 'LELAKI MUDA' - ELLY MAZLEIN TAK KISAH DIPANDANG SINIS


"Saya anggap hubungan kami masih terbatas sebagai kawan, memandangkan kami baru lima bulan berkenalan. Terlalu awal untuk saya katakan, kami sedang bercinta. Namun, melihat keserasian dan penerimaan jejaka itu terhadap Sefhia membuatkan hati saya tersentuh.





"Selama ini, Sefhia tidak berpeluang merasai kasih sayang seorang ayah. Walaupun masih muda, dia matang. Dia juga sangat memahami dan mengambil berat terhadap saya dan anak.

"Saya tidak pernah rasa bahagia sebegini, malah lebih penting, Sefhia juga gembira," kata pelakon dan penyanyi Elly Mazlein, 38, yang mengakui hatinya sudah dimiliki sekian lama menyendiri tanpa kehadiran lelaki di sisi.

Elly berkata, perkenalannya dengan jejaka berusia lewat 20-an kira-kira lima bulan lalu turut membawa kebahagiaan kepada anak tunggalnya, Putri Sara Sefhia Azmi yang baru mencecah usia dua tahun.

Penyanyi lagu 'Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan' itu berkata, hatinya terbuka untuk mengenali lelaki itu dengan lebih rapat selepas memikirkan masa depan anaknya. Elly juga memberitahu terpaut hati dengan kematangan jejaka muda.

Klik untuk gambar besar


Melihat keakraban Sefhia dengan teman istimewanya itu, Elly berharap hubungan yang terjalin itu berkekalan dan membawanya kembali ke jenjang pelamin.

"Kali pertama berjumpa, saya bawa Sefhia bersama. Memang pada mulanya, dia agak kekok, tetapi mereka cepat serasi hingga Sefhia memanggilnya papa.

"Ketika bercuti bersama Sefhia di Amsterdam, Belanda, baru-baru ini, dia asyik bertanyakan ‘papa’nya. Mujur panggilan video dapat mengubat kerinduan Sefhia terhadap 'papa'nya itu," tuturnya.

Tidak kisah dipandang sinis apabila menjalin hubungan dengan lelaki yang jauh lebih muda, Elly berkata, dia selesa memekakkan telinga kerana dirinya juga berhak mengecapi bahagia.








www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Elly Mazlein


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: