12 December 2018

15 DISEMBER INI - SUFI UMUM TARIKH PENTING, MOHON DOA


"Maaf saya tidak boleh berkongsi butirannya. Saya akan umumkan pada 15 Disember ini. Bukan sengaja tidak mahu memberitahu orang tapi lebih manis jika saya beritahu pada hari bersejarah itu nanti," demikian kata penyanyi Sufi Rashid.





Bekas juara Akademi Fantasia 2015 (AF2015) itu enggan berkongsi butiran lanjut mengenai tarikh penting yang bakal diumumkannya pada 15 Disember ini.

Sufi ketika dihubungi Harian Metro berkata, sesuatu yang besar bakal berlaku dalam hidupnya pada hari terbabit.

Klik untuk gambar besar


Ditanya adakah dia bakal menamatkan zaman bujang atau mengadakan majlis pertunangan, Sufi enggan mengulas lanjut.

"Saya tidak mahu komen. Nantikan saja. Cuma saya mohon doakan yang terbaik dan segala urusan dipermudahkan," ujarnya.

Terdahulu, timbul gosip mengatakan Sufi bakal mengikat tali pertunangan dengan pramugari berasal dari Seremban, Negeri Sembilan bernama Ain yang dikenalinya sejak tahun 2015.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: