12 December 2018

NORA DANISH: "GAMBAR NAKED PULA.... SUKA JATUH & AIBKAN ORANG"


Sebelum ini, beberapa selebriti seperti Syafiq Kyle, Ameer Forteen dan Zul Ariffin pernah terpalit dengan tuduhan mempunyai foto bogel yang pernah tersebar di laman sosial.





Terkini, nama Nora Danish turut terpalit dengan gambar bogel pula dan perkara tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada pelakon wanita ini.

Sekeping foto yang didakwa kepunyaan Nora sedang tular di laman sosial Twitter. Menerusi foto terbabit yang dikatakan diambil dari ruangan Instagram Stories milik Nora, ia menampakkan refleksi tubuh pelakon itu yang sedang berbogel.

Kecewa dengan tuduhan tersebut, Nora menafikan perkara terbabit dan memberikan penjelasan menerusi ruangan Instagram Stories.

Selain itu, dia turut berharap agar anak-anaknya akan kuat untuk berhadapan dengan segelintir manusia yang suka menjatuhkan dan mengaibkan orang.

Klik untuk gambar besar


"Now what?? Gambar naked pulak. How can people nowadays cepat betul membawang something that is not even so sure or even true.

"Sigh! Kesian anak-anak I. Hope they are strong to handle all these people yang suka menjatuhkan dan mengaibkan orang," tulis Nora.

Sementara itu, menerusi pemerhatian di laman Twitter, ada juga netizen yang memohon agar penyebaran gambar terbabit dihentikan.

Kita tidak tahu, mungkin akaun digodam atau mungkin ada mereka yang berniat jahat untuk menjatuhkan nama Nora. Apa pun. Macam-macam boleh buat bukan zaman sekarang ini.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: