12 December 2018

YASIN SULAIMAN NAFI SENTUH, HANYA BERI MAKAN ANJING


"Saya cuma memberi makan kepada anjing itu dan tidak menyentuhnya pun. Kejadian berlaku sewaktu saya dan abang mendaki Bukit Tabur pagi ini.





"Mulanya kami terkejut apabila empat ekor anjing muncul tapi tak risau pun disebabkan haiwan berkenaan sangat mesra. Lebih menarik, haiwan itu mengekori kami naik sampai atas hinggalah turun bawah.

"Sewaktu menjamah roti yang kami bawa bersama, saya kongsikannya kepada haiwan itu. Haiwan itu pun nampak sangat gembira dapat makanan," demikian kata peanyanyi Yasin Sulaiman.

Sebelum ini, foto yang dikongsikan Yasin, 43, di laman Instagram yang memperlihatkan dirinya memberi makan kepada dua ekor anjing ketika mendaki Bukit Tabur mendapat perhatian netizen.

Klik untuk gambar besar


Kata Yasin, ia adalah ganjaran kepada anjing tersebut yang setia menemani beliau sepanjang pendakian beliau ke puncak bukit.

Selain ramai juga yang memuji betapa mulianya hati Yasin berkongsi rezeki dan menyantuni haiwan tersebut dengan baik, masih ada segelintir yang memandang sinis dengan niat baik Yasin dan mula memberikan pelbagai komen termasuk hukum menyentuh anjing dalam agama Islam.

Pada kami, Yasin menunjukkan contoh yang sangat baik buat semua umat Islam. Memberi makan kepada haiwan walaupun anjing yang haram dibela ataupun disentuh bukanlah satu perbuatan yang hina. Apa salahnya untuk berkongsi rezeki yang kita ada asalkan tahu menjaga batas.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: