30 December 2018

AL-FATIHAH - AYAH TOMOK & ISMA KEMBALI KE RAHMATULLAH


Takziah kami ucapkan kepada penyanyi Tomok dan kakaknya yang juga penyanyi, Isma AF7 atas pemergian ayah mereka, iaitu Ismail Salam, 62, yang meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 petang semalam selepas setahun diserang penyakit angin ahmar.





Berita sedih tersebut dimaklumkan sendiri oleh Tomok dan Isma menerusi laman Instagram masing-masing.

"Assalammualaikum... Ayah saya Ismail Bin Salam telah pulang ke rahmatullah baru sebentar tadi. Arwah akan dikebumikan di Masjid Alam Damai pada petang ini. Al- Fatihah ayah," tulis Tomok.

"Perginya ayahanda kami mengadap Ilahi Ismail Bin Salim. Ya Allah Kau ampuni dosa-dosa ayahku. Kau tempatkan ayahku dalam kalangan orang-orang yang beriman di sisiMu. Selamat jalan ayahku," tulis Isma pula.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Isma memberitahu dia bersyukur kepada Allah kerana diberi kesempatan menjaga bapanya sehingga akhir nafasnya. Menurut Isma, bapa mereka meninggal di kediaman keluarga di Alam Damai, Cheras.

"Terima kasih Allah, Kau beri kami peluang menjaga ayah sehingga akhir nafas ayah. Tanty sayang ayah. Semoga Allah izinkan kita berjumpa lagi ayah.

"Sudah setahun sebenarnya bapa terlantar sakit. Sepanjang tempoh itu, kami lihat dia seorang yang kuat berdepan ujian. Kami reda dengan pemergian ayah. Semoga kami juga akan tabah dengan ujian ini," kata Isma.

Menerusi ruangan komen, posting berkenaan turut dihujani ucapan takziah daripada peminat dan rakan-rakan artis. Rata-rata peminat berharap Tomok sekeluarga tabah dan redha dengan ketentuan tuhan.

"Innalillahiwainnailaihirojiuun... Takziah my brother. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan ayahanda di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh," tulis penyanyi Akim Ahmad.

Difahamkan, jenazah bapa adik-beradik selebriti ini telah selamat dikebumikan di Masjid Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur semalam. Allahyarham Ismail meninggalkan seorang isteri, enam anak dan 15 cucu.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak, Berita Harian & Instagram Tomok & Isma AF7


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: