29 December 2018

'NURSE IS NOT OUR LEVEL' DISALAH TAFSIR - ZIZAN TAMPIL JELASKAN


Berhubung kenyataannya 'Nurse Is Not Our Level' berkenaan isu penyanyi Linda Rafar dan jururawat di sebuah hospital kerajaan semalam, pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak tampil menjelaskan maksud sebenar di sebaliknya.





Menafikan frasa 'Nurse Is Not Our Level' ditujukan kepada profesyen kejururawatan secara umum, kata Zizan ayat itu merujuk khusus kepada sikap individual jururawat yang berdepan krisis dengan Linda Rafar.

"Assalamualaikum saya ucapkan kepada nurse yang berada di seluruh Malaysia. Dalam isu 'not our level', saya tidak merujuk kepada pekerjaan ya. Yang saya sampaikan ialah perangai bodoh sombong.

"So tak kisah apa bentuk pekerjaan pun yang bodoh sombong dia bukan level saya termasuk juga rakan artis. Dan kepada yang cuba memanipulasi statement saya terserah. Jumpa di akhirat kelak," kata Zizan.

Klik untuk gambar besar


Salah faham itu tercetus apabila Linda memuatnaik status Instastory semalam menunjukkan butir perbualan bersama Zizan.

Selain menyatakan sokongan terhadap perkara yang berlaku kepada Linda dan ibunya yang kini terlantar sakit, Zizan turut menulis ayat terbabit dalam mesej perbualan itu.

Tanpa diduga, paparan skrin perbualan Zizan dan Linda tular di media sosial hingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan petugas sektor perubatan.



Dalam perkembangan sama, Linda turut menasihati orang ramai agar tidak membabitkan individu lain dalam kesnya.

"Zizan hanya bagi kata-kata semangat pada Linda dan dia tak ada niat untuk kutuk mana-mana nurse! Tolong jangan bagi tekanan pada orang lain yang backing Linda! Cukuplah. Linda pun tak cakap semua nurse jahat!" ulas Linda.

Terdahulu, Linda memuatnaik keluhan hatinya terhadap layanan biadap seorang jururawat di sebuah hospital di Shah Alam ketika merawat ibunya yang kini sakit.

Keadaan bertambah buruk apabila muncul individu tidak dikenali mengugut untuk meracuni ibu Linda. Bagaimanapun, Linda telah membuat laporan polis.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: