29 December 2018

KERAP TERIMA MESEJ & FOTO LUCAH - BABY SHIMA BUAT LAPORAN POLIS


"Saya sudah kerap sangat terima mesej dan foto lucah daripada netizen di laman Instagram sejak program Big Stage tamat. Selama ini saya diam dan sabar tapi ada had. Kali ini, saya dan pihak pengurusan terpaksa ambil tindakan terhadap seorang individu yang menghantar mesej lucah.





"Kami membuat laporan polis terhadap individu tersebut bagi memberi pengajaran kepada mana-mana netizen yang melakukan perkara yang sama," kata penyanyi Baby Shima yang membuat laporan polis terhadap seorang individu yang menghantar mesej lucah di laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Shima, 24, berkata dia dan pihak pengurusannya mengambil tindakan tersebut untuk memberi pengajaran pada netizen yang gemar melakukan perkara tidak senonoh itu.

Shima diminta mengulas mengenai video dia berada di balai Polis Diraja Malaysia, KLIA 2 untuk membuat laporan polis terhadap seorang individu.

Tambah Shima, dia pernah menerima foto lucah daripada seorang lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Namun, ketika itu dia hanya mengambil langkah menyekat akaun laman sosial individu dan sesiapa sahaja yang menghantar mesej seperti itu.

Klik untuk gambar besar


"Pernah sekali saya terima foto lucah daripada seorang lelaki yang dah ada isteri dan anak. Tapi masa itu, saya hanya sekat sahaja akaun tersebut.

"Mana-mana pemilik akaun IG yang hantar mesej lucah, saya akan sekat sahaja. Sebab itu kali ini, saya kena juga ambil tindakan," ujarnya yang mahu memberi pengajaran kepada sesiapa yang gemar menghantar mesej lucah.

Dalam pada itu, penyanyi yang kini menetap di Jakarta, Indonesia memberitahu individu tersebut telah memohon maaf dan mengakui pernah melakukan perkara sama terhadap selebriti lain.

"Selepas saya beritahu dia yang saya dan pihak pengurusan buat laporan polis, dia terus mohon maaf. Rupa-rupanya, dia mengaku pernah menghantar mesej lucah kepada beberapa orang selebriti namun mereka tidak mengambil sebarang tindakan," jelasnya.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: