14 December 2018

AMMAR TITAN: "ABI SAYANG SAMPAI SYURGA..." - NETIZEN TERSENTUH


"Assalamualaikum @airisaisyah. The best gift from Allah in abi and mummy's life. Sayang abi buahati abi manja abi. Special person in my heart.(mummy tolak tepi jap).





"Allah je tau how happy abi masa bila mummy bgtau aisyah ada dalam perut mummy. Im gonna be a dad! Alhamdulilah!

"Aisyah, abi akan cuba bagi yang terbaik untuk aisyah. Sorry kalau banyak yang terkurang, tak sama macam orang lain. Abi janji abi work hard untuk aisyah so aisyah tak perlu hidup susah macam abi.

"Semua abi buat semua untuk mummy and aisyah. Rezeki abi untuk mummy and aisyah. Penat semua hilang bila tgk aisyah senyum, aisyah tampor muka abi, gigit hidung abi.

Klik untuk gambar besar


"Abi janji kita akan travel sama sama dgn mummy aisyah sampai bila bila selagi ada rezeki abi. Abi nak aisyah tengok the whole world so aisyah boleh kongsi nanti dengan semua orang.

"Always be good sayang. Nanti dah besar jaga mummy elok elok tau (dia tu emosi sikit). Jangan sombong dengan orang. Selalu hormat orang. Selalu buat baik dengan orang tau.

"Im not a perfect father but you sayang perfected my life. Thank you so much aisyah. Selamat hari lahir sayang yang pertama. Abi doakan segalanya baik baik untuk aisyah sampai bila bila.



"Nyawa, jiwa abi sayang sampai ke syurga. Abi sayang aisyah. (menitis air mata jantan abi)," tulis pelawak dan penyampai radio, Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan yang mendedikasikan ucapan menyentuh jiwa sempena hari lahir anaknya, Airis Aisyah.

Ammar memuatnaik beberapa keping foto Aisyah sejak bayi di laman Instagram (IG) miliknya. Ammar bersyukur kerana Allah menghantar Aisyah untuk melengkapi kehidupannya bersama isteri, Nur Amalina Jamil.

Rata-rata pengikut Ammar mengakui tersentuh hati dengan ucapan yang diberikan Ammar serta turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Aisyah.

Untuk makluman, Ammar mendirikan rumah tangga dengan Amalina pada 1 April tahun lalu di Dengkil, Selangor.










www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: