14 December 2018

"PENSYARAH MUDA & TUA..., TAK BOLEH PAKAI..." - CEF FIKREE DIKECAM


Kenyataan memperkatakan mengenai kredibiliti pensyarah di universiti Melayu, Cef selebriti dan pengacara, Fikree Aznan telah mendapat perhatian serta kecaman ramai.





Ia berpunca selepas Fikree mendakwa terdapat pensyarahnya yang mengutuk serta 'banned' dirinya selepas dia berjaya dalam bidang kulinari.

"Sama juga pensyarah, yang mana pesan suruh jadi yg terbaik, dan bila kita jadi terbaik, di banned pulak saya, dikutuk pulak.

"Sebb tu saya berani cakap pensyarah muda dan tua kat uni melayu ni tak boleh pakai. P/s: kat uni yang saya belajar ya, uni lain semua ok!," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Kenyataan Fikree itu diluahkan ke dalam satu entri di akaun Facebook miliknya beberapa hari lalu. Dalam kenyataan tersebut, Fikree pada mulanya memberitahu dia pernah dikutuk hanya kerana mengambil bidang kulinari di universiti.

Malah dia juga dikutuk oleh jirannya yang memperlekehkan kerjaya sebagai tukang masak dan tidak mahu dia menjadi seperti cef selebriti tersohor Datuk Redzuawan Ismail atau Cef Wan.

Namun, dia tidak pernah melatah dan tetap mengagumi Cef Wan. Bagaimanapun kenyataanya yang memperlekehkan pensyarah itu telah mengundang kemarahan ramai kerana dikatakan ia di luar batasan.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: