13 December 2018

TASHA MANSHAHAR & SUAMI BAKAL TIMANG ANAK SULUNG


Alhamdulillah.... tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Tasha Manshahar dan suaminya yang juga penyanyi, Raqib Majid apabila bakal menimang cahaya mata pertama mereka. Berita gembira tersebut dikongsikan pasangan ini menerusi laman Instagram masing-masing.





"We are already in love with a human we haven't met yet. Bismilahi tawakkaltu 'alallah wala hawla wala quwwata illa billahil 'aliyil azim," tulis Tasha di IGnya.

"SUBHANALLAH. Segala puji bagi Allah, Ada 'Raqsha Junior' dalam rahim isteri saya. Rasa macam mimpi. Segala proses berjalan dengan baik. Abang Long @nafidrazak & Kak Long @kai_armd banyak bantu saya dan isteri.

"ALLAH gerakkan saya untuk check up isteri saya di @kumpulan_megaklinik_zahran, dan masyaALLAH percaturan ALLAH begitu indah. Terima kasih ALLAH. Tolong doakan baik-baik ye semua? #raqshajr," tulis suami Tasha pula.

Untuk makluman, Tasha dan Raqib selamat bergelar suami isteri pada 8 September lalu dengan sekali lafaz.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Instagram Tasha Manshahar & Raqib Majid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: