26 December 2018
ANAK KETIGA KENA DEMAM KUNING - ALMY NADIA MOHON DOA
Anak ketiga pasangan selebriti, Datin Almy Nadia dan Datuk Fizz Fairuz iaitu Nurafrina Ayra yang baru dilahirkan pada 15 Disember lalu itu disahkan mengalami masalah demam kuning.
Perkara tersebut dikongsi oleh Almy menerusi laman Instagram miliknya yang meluahkan rasa sedihnya itu.
"Day 10 of pantang, baki 34 hari lg.. dan Day 2 terapi dekat rumah jer.. harap berkurangan la kuningnya. kuningnya smlm ms check 270.. tu terpaksa sewa benda alah ni.. wlpn setiap kali nak letak baby bawah lampu biru ni, setiap kali jgk air mata mama mesti jatuh..
"Tp demi kesihatan anak mama kena kuat... mama kena kuat demi baby demi diri sendiri nak kurus, treatment jadual penuh, kena kuat demi kakak2 dia. Demi sami nak jaga perut..... itu lah pengorbanan seorang wanita," tulis Almy di ruangan kapsyen.
Klik untuk gambar besar
Menerusi ruangan komen pula, ramai yang mendoakan kesejahteraan bayi comel itu agar cepat sembuh dan memberi kata-kata semangat buat Almy dan Fizz.
Untuk makluman, Ayra dilahirkan seberat 3.31 kilogram pada malam perlawanan bola sepak Piala Suzki Aff 2018 (Vietnam vs Malaysia) jam 11:30 malam di hospital swasta di Setapk.
Apa-apapun, kami pun turut mendoakan agar anak perempuan ketiga Almy dan Fizz cepat pulih.
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Almy Nadia & Fizz Fairuz
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment