26 December 2018

"BANYAK HENTAMAN & KECAMAN SAYA TERIMA" - SAJAT BAWA DIRI KE DUBAI


"Bye-bye Malaysia... Saya sambung belajar balik.. to my sayang @coach_yin jaga diri sayang.. Buat anak-anak mummy Syaza dan Syahmi, ummi sambung belajar syg.. Nanti ummi balik tau 😢...





"Kepada my bff @diamonds_isabella, @kellyazman & @mokkay_ Tengok2 kan company yer.. To all lovely staf @ainlolly @ainaasyahira96 and @akmlhmd sentiasa hantar report yee..

"Saya bawa diri, kerana banyak hentaman dan kecaman yang saya terima. Dengan ada sy sambung study ni membolehkn sy berfikiran lebih terbuka untuk masa akan dtg.

"Salam sayang dari Nursajat 😘," demikian tulis usahawan kosmetik, Nur Sajat yang mengucapkan selamat tinggal dan memberitahu dia meninggalkan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran.

Klik untuk gambar besar


Mungkin tidak tahan dengan kecaman dan tohmahan netizen terhadap dirinya, Sajat yang juga bergelar penyanyi itu membuat keputusan untuk membawa diri ke luar negara.

Sebelum ini, nama Sajat menjadi bualan ramai apabila nama sebenarnya terdedah selepas didakwa di mahkamah baru-baru ini. Kemudian, gambar kad pengenalan menunjukkan nama 'Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman' pula menjadi perhatian apabila tular di media sosial.

Kata Sajat lagi, dia berharap dengan melanjutkan pelajaran, dia akan lebih berfikiran terbuka. Dalam pada itu, Sajat turut memberikan pesanan kepada Coach Yin agar sentiasa menjaga diri. Menerusi gambar yang dikongsikan, Sajat dipercayai ke Dubai.



Seperti sudah dijangka, ruangan komen entri tersebut dihujani dengan komen negatif netizen. Seperti biasa, ada yang meninggalkan komen agak 'kejam' dengan mengharapkan Sajat tidak perlu lagi balik ke tanah air.

Tidak kurang juga ada netizen berpendapat adalah lebih baik jika Sajat ke tanah suci kota Mekah untuk menenangkan hati memandangkan dia berkemampuan untuk menunaikan ibadah haji atau umrah.

Bagaimanapun, masih ada segelintir netizen berharap agar satu hari nanti Sajat terbuka hati dan akan diberikan hidayah untuk berubah. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat beliau.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Sajat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: